Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

06 November 2012

Nenek Berusia 55 Tahun Mengambil SPM



"Nenek tunggu 38 tahun untuk duduki SPM"

HASANAH Abdullah, 55, (kiri) bersama rakannya, Zurina Ismail, 39, mengulangkaji mata pelajaran Bahasa Melayu sebelum menduduki peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Chempedak, semalam.

YAN 5 Nov. - Seorang guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), Hasanah Abdullah, 55, mencatatkan sejarah tersendiri hari ini apabila menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Chempedak di sini.

Hasanah yang mengambil aliran subjek teras dengan tambahan Bahasa Arab kelihatan sebak dan gembira kerana penantian selama 38 tahun untuk menjadi calon SPM akhirnya berjaya.

Ibu kepada enam orang anak dan nenek kepada tiga orang cucu itu berkata, peristiwa kematian ibu ketika berusia 15 tahun dan kekangan kewangan memaksanya membatalkan hasrat untuk menduduki SPM ketika berusia 17 tahun.

Sumber : utusan



## Admin salute dengan nenek ni!! Walaupun sudah berumur tetapi beliau sangat cintakan ilmu sehingga sanggup menduduki SPM setelah 38 tahun tertangguh akibat masalah peribadi.. Mohon Warga 1996 semua mengambil semangat mahu belajar nenek ni okay.. Admin percaya kita semua boleh!!


 

Visitor

Masa itu emas =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rate our blog

Top Blog