Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

29 April 2012

[ Facebook Timeline Remover ]



Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Korang rasa rimas dengan timeline?? Nak buang?? Just download dan install aplikasi dibawah mengikut ICON BROWSER (Click pada caption icon ) yang korang guna.. Good Luck ^^,





Google Chrome (CLICK HERE)
Mozilla Firefox (CLICK HERE)
Internet Explore (CLICK HERE)

08 April 2012

Petua Memberi Tumpuan Semasa Belajar Di Dalam Kelas!





Kegagalan memberikan tumpuan dalam kelas menyebabkan ramai pelajar gagal meraih keputusan yang baik dalam peperiksaan. Berikut adalah petua yang boleh digunakan untuk meningkatkan tumpuan anda:

1) Semak seimbas nota yang telah diberikan oleh guru terdahulu sebelum memulakan kelas.  Sekiranya ada bahagian yang anda tidak faham atau keliru maka tanyakan pada guru sebelum bermulanya kelas tersebut.  Jangan biarkan ketidakfahaman atau kekeliruan itu mengganggu anda. Guru mungkin akan mengajar lebih mendalam hari ini dan sekiranya anda tidak merungkai kekeliruan itu anda akan terus ketinggalan dalam mengikuti apa yang diajar.

2) Baca juga bahan yang bakal diajarkan oleh guru nanti.  Walau pun anda tidak memahami keseluruhan apa yang dibaca sekurang-kurangnya anda tahu apa yang akan diajar oleh guru kelak.  Secara tidak langsung tumpuan dan minat anda meningkat.

3) Cuba duduk di barisan depan dalam kelas.  Sekiranya anda duduk di tepi tingkap, tutup tingkap ketika guru mengajar.

4) Jangan alih mata anda dari melihat guru dan lihat apa yang ditulis di papan hitam/putih.

5) Tunjukkan minat yang mendalam.  Perbetulkan kedudukan anda dan ceriakan wajah anda.  Ingat apa yang diajar itu jauh lebih penting daripada siapa yang mengajar.  Yakinkan diri anda betapa pentingnya tumpuan dalam kelas.  Ingat!! Ia menyumbang 50% dari keseluruhan markah peperiksaan kelak.

6) Pasang telinga.  Dengar dan fahami setiap patah perkataan yang disampaikan.  Terjemahkan apa yang disampaikan oleh guru ke dalam bentuk gambaran minda.

7) Catat setiap fakta penting atau fakta yang anda sangka penting, sama ada fakta-fakta yang ditulis atau yang diucapkan oleh guru.

8) Catat setiap perkara yang anda tidak faham.  Catatkan juga setiap soalan yang terbit dalam fikiran anda.  Gunakan tujuh perkataan berikut untuk membina soalan Apa? Siapa? Bila? Berapa? Dimana? Kenapa? Bagaimana?

9) Gunakan buku khas untuk tujuan catatan ini, atau gunakan kaedah mengambil nota berkesan.  Sekiranya berpeluang segera angkat tangan dan tanya guru.  Tanya untuk dapatkan lebih huraian; tanya untuk memastikan kefahaman anda betul; atau tanya kerana ada soalan-soalan yang lebih spesifik.  Antara tanda-tanda yang anda telah memberikan tumpuan ialah anda TAHU apa yang anda TIDAK TAHU.

10) Jangan hiraukan sebarang gangguan dari rakan-rakan.  Jangan bertindak balas terhadap usikan dan gurauan mereka ketika kelas berjalan.

11) Kajian menunjukkan bahawa anda lupa 80% dari apa yang telah dipelajari dalam masa 24 jam.  Oleh itu segera menyemak apa yang telah diajar serta merta apabila guru keluar dari kelas

RESOURCE : Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D

07 April 2012

Soal Jawab Tentang Couple


KAMI HANYA BERBUAL-BUAL, BERBINCANG, BERTANYA KHABAR,MINUM-MINUM DI KAFE. ADAKAH ITU MENGHAMPIRI ZINA?
Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah penzinaan.
KAMI DAPAT MENGAWAL PERASAAN DAN KAMI TIDAK BERNIAT KE ARAH ITU.
Hari ini ya.Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap kamu.Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Ingat,pesanan Rasulullah :
Janganlah engkau bersendirian denga seorang wanita kecuali yang ketiganya,syaitan (Tabrani) .Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis.
TIDAK SEMESTINYA SEMUA ORANG BERCINTA MENJURUS KEPADA PENZINAAN. ADA YANG BERCINTA DALAM TELEFON DAN HANTAR SMS SAHAJA. TIDAK PERNAH BERSUA MUKA PUN!
Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora,lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja.Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?
TAKKAN NAK BERBUAL-BUAL PUN TAK BOLEH? ITUPUN ZINA KE?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah : Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (muslim dan Abu Daud). Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.
DUDUK BERDISKUSI PELAJARAN TAK BOLEH KE? BINCANG PELAJARAN SAHAJA!
*(bagi kes belajar berdua-duaan SAHAJA)*
Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba- hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat lagi lah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.
SUNGGUH! BINCANG PELAJARAN SAHAJA. NI STUDY GROUP.
*(bagi kes berdua-duaan SAHAJA)
Study Group…? nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana- manapun berdua. Kalau ye pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni…betul ke bincang pelajaran? Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu…banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!
TIDAKLAH. SUNGGUH BERBINCANG PELAJARAN.
Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.
KAMI BERDUA SAMA-SAMA BELAJAR, STUDY GROUP, SALING MEMBERI SEMANGAT DAN MOTIVASI.
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis kita. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula.
TAKKANLAH TAK ADA LANGSUNG RUANG YANG DIBENARKAN DALAM ISLAM UNTUK BERCINTA? ADAKAH ISLAM MEMBUNUH TERUS NALURI CINTA?
Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging) adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.
TENTU ADA CINTA SECARA ISLAM.
Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia.
KALAU BEGITU, CINTA REMAJA SEMUA MENGHAMPIRI KEPADA PENZINAAN?
Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap. Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!
MASIH RAMAI ORANG YANG BERCINTA TETAPI TETAP SELAMAT TIDAK SAMPAI BERZINA. KAMI TAHAN DIUJI.
Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang.
JADI MANUSIA ITU TIDAK TAHAN DIUJI?
Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia.Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu. Firman Allah: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim (al-Araf:19) Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang.Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.
TETAPI CINTA SELEPAS KAHWIN BANYAK MASALAH. KITA TAK KENAL PASANGAN KITA SECARA DEKAT. BERCINTA ADALAH UNTUK MENGENAL HATI BUDI PASANGAN SEBELUM BUAT KEPUTUSAN KAHWIN.
Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing- masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai-bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk. Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking.  jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit.
Kalau mahu mengetahui peribadi pasangan, itulah sebabnya Islam ada membuat pertunangan. Tetapi pertunangan juga ada batasan yang sama seperti sebelum kahwin. Syarat-syarat semasa dalam pertunangan juga sama ketika sebelum berkahwin. Hanya perkahwinan sahaja yang menghalalkan perkara-perkara yang haram antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Jika mahu mengenali hati budi pasangan, adalah dicadangkan supaya pasangan tunang itu bertemu sahaja di rumah pasangan masing-masing bersama-sama dengan keluarga masing-masing. Bukankah itu lebih baik? Keluarga dari kedua-dua belah pihak boleh mengenali sesama sendiri dengan lebih dekat lagi.
PERCAYALAH, KAMI BERCINTA DEMI MERANCANG KEBAHAGIAAN HIDUP NANTI.
Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah? Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?
TANYA SIKIT, ADIK ANGKAT, KAKAK ANGKAT, ABANG ANGKAT BOLEH KE?
Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina.
JADI SEOLAH-OLAH ORANG YANG BERCINTA TELAH HILANG MARUAH DIRI?
Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia.Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.
ADAKAH ORANG YANG BERCINTA HILANG MARUAH?
Antara kemulian manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina. Allah berfirman: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin dengan melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman. (Surah An-Nur: 3) Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan.
JADI ORANG YANG BERCINTA HANYA LAYAK BERKAHWIN DENGAN ORANG YANG PERNAH
BERCINTA JUGA?
Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.
KAMI TELAH BERJANJI SEHIDUP SEMATI!
Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.
SI DIA INI LAIN DARI YANG LAIN. DIA LELAKI YANG PENYAYANG DAN BERTANGGUNGJAWAB.
Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak- anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.
JADI, PEREMPUAN YANG BERCINTA, JATUH MARUAHNYA PADA PANDANGAN LELAKI?
(tidak mengikut syariat)
Tentu. Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang yang second hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja.Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan. Itulah hakikatnya.
MASIH ADAKAH ORANG YANG TIDAK BERCINTA DI ZAMAN INI?
Ya, masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah: Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)… Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35)
BAGAIMANA KAMI?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.
KAMI INGIN MENDAPAT REDHA TUHAN. TUNJUKKANLAH BAGAIMANA TAUBAT NASUHA.
Taubat yang murni. Taubat yang sebenar- benarnya. Taubat yang memenuhi tiga syarat: Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini. Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan. Berazam. Bertekad didalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami .Saatnya adalah selepas ijab kabul. Ingatlah semakin bebas pergaulan sebelum berkahwin, semakin hambar & kurang rasa cinta setelah menjadi suami isteri.
Ya Allah. Hambamu ini telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambamu ini. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan penerima taubat . Berilah kekuatan kepadaku untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepadaku perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah diriku dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa . Engkau jaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapaku curahkan kasih itu kepada orang lain.
Oh Tuhan, hambamu ini berdosa. Amin , yarabbal alamin. Moga Allah terima taubatmu.
KITA BERPISAH KERANA ALLAH, KALAU ADA JODOH, TIDAK KEMANA!
P/S : PERINGATAN BUAT DIRI INI DAN SAHABAT,
BUKAN NIAT UNTUK MENGGURIS HATI,
SEKADAR BERKONGSI. WALLAHU’ALAM.
Resource : Cahaya Islam

06 April 2012

Tips Bagaimana Ingin Menghilangkan Rasa Mengantuk Semasa Study

Admin ingin kongsikan tips untuk menghilangkan rasa mengantuk time study untuk korang rini..



1. Tanam objektif yang jelas dalam belajar – pasangkan betul-betul niat, untuk apa anda belajar, kenapa pula anda study. Bila semua ini anda telah mampu jawab dengan jelas, jerit kuat-kuat dalam hati. Katakan dalam minda anda bahawa anda mesti belajar untuk menggapai matlamat anda itu. Tak ada orang malas yang boleh berjaya. Matlamat yang benar-benar jelas akan membawa seseorang itu ke suatu tahap yang tidak pernah dijangka-jangka dan mampu menewaskan apa pun halangan yang ada di hadapannya. Mengantuk, bosan dan sebagainya bukanlah masalah.

2. Lakukanlah dengan minat – Setiap kerja yang kita lakukan, mesti bersama minat. Nasihat saya, lakukanlah juga studi ini dengan minat, mesti tak ngantuk punya. Macamana nak minat? Mana ada orang hobinya study? Ya, sebut aje study, semua orang jadi malas. Jadi, lakukanlah perubahan pada persekitaran anda supaya anda jadi minat. Tulis kata-kata semangat di dinding. Buat nota cantik-cantik. Warnakan point-point penting. Buatlah apa sahaja, asalkan anda jadi lebih semangat untuk belajar.

3. Belajar dalam jangka waktu yang pendek – Belajar dalam jangka waktu yang pendek. Ini penting. Lepas sejam seeloknya, berhenti sekejap. Kalau rasa 30 minit dah rasa penat pun tak apa, berhenti sejenak. Buatlah apa-apa hobi anda. Baca novel-novel, komik-komik, main game pun tak apa, asal anda mendapat semula semangat study anda. Buat macam ni selalu, dan anda akan rasa anda tak akan jemu untuk menelaah buku-buku pelajaran anda. Percayalah!

4. Dapatkan tidur yang cukup – Perkara ni nampak macam remeh. Tapi ramai yang terlepas pandang. Tak guna study berjam-jam tapi hasilnya sama aje dengan mereka yang study hanya sejam. Apa bezanya? Belajar dengan berkualiti nilainya memang tak sama dengan mereka yang belajar tapi tiada kualiti. Nak dapat kualiti masa belajar, pastikan bahawa anda benar-benar segar dan cergas semasa studi.

Anda mengantuk, kemudian anda belajar, anda tak dapat apa-apa. Otak yang letih sukar untuk memproses segala maklumat yang dihantar kepadanya dengan berkesan. Jadi, pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi. Ingat, tidur yang sempurna juga merupakan salah satu strategi untuk anda berjaya di dalam pelajaran.

5. Minum air kosong – Jadikan amalan minum air masak ni sebagai amalan harian. Makan buah selalu pun bagus. Tubuh yang kekurangan air akan lebih mudah untuk berasa letih. Letakkan sama air mineral di sebelah meja study anda, air ni selalu jadi penenang bila kita gelisah. Jadi, jadikanlah ia suatu amalan dalam hidup anda, untuk anda berasa lebih cergas, lebih sihat dalam urusan harian.

6. Ingat emak ayah – Semua orang bila ingat mak ayah dia, dia akan jadi sedar. Ingat ibu yang mengandung, ayah yang membesarkan, hati mesti jadi terusik. Tak ada seorang anak yang sanggup untuk mengabaikan impian besar ibunya. Jadi, bila nak studi ni, ingatlah emak ayah. Ingat pengorbanan mereka masa kecil-kecil. Percayalah, semangat anda tak akan luntur bila  jiwa mereka sentiasa bersama anda.
Selamat berjaya.

source : sangmentari/wp

Biology





NOTE @ WEBS
  1. BLOG CIKGU NAZA (Form 4 & 5 - BI) -  [click here]
  2. BLOG CIKGU NAZA (Form 4 & 5 - BM) -  [click here]
  3. CIKGU NAZA SPM POINTER (Got 4 Pointers) - [click here]
  4. ONE SCHOOL (BI) [Form 4 & 5] - [click here]
  5. MATHED@UTM (BI) Form 4 - [click here]
  6. MATHED@UTM (BI) Form 5 - [click here]

EXERCISE @ WEBS
  1. MBSSKL (BI) - [click here]
  2. TRIALPMRSPM (BI) - [click here]

PERFECT SCORE SBP SPM 2011
  1. Perfect Score SBP SPM 2011 (Question & Answer) - [click here]

PERFECT SCORE SBP SPM 2009
  1. Perfect Score SBP SPM 2009 - [click here]

KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN SPM
  1. BIOLOGY : SOALAN PERCUBAAN SPM 2010 - [click here]
  2. BIOLOGY : SOALAN PERCUBAAN SPM 2011 - [click here]
  3. BIOLOGY : SOALAN PERCUBAAN SPM 2012 - [click here]

KOLEKSI SOALAN SPM
  1. BIOLOGY : SOALAN SPM 2006 - [click here]
  2. BIOLOGY : SOALAN SPM 2007 - [click here]
  3. BIOLOGY : SOALAN SPM 2008 - [click here]
  4. BIOLOGY : SOALAN SPM 2009 - [click here]
  5. BIOLOGY : SOALAN SPM 2010 - [click here]
  6. BIOLOGY : SOALAN SPM 2011 - [click here]
  7. BIOLOGY : SOALAN SPM 2012 - [coming soon!!]

TEKNIK MENJAWAB PAPER BIOLOGY
  1. How to get A in Biology - [click here]
  2. Answering Technique For Paper 1 - [coming soon!!]
  3. Answering Technique For Paper 2 - [coming soon!!]
  4. Answering Technique For Paper 3 - [coming soon!!]



      Chemistry

      • I Love Chemistry Module Chapter 1 ~ 4 (HOT) - CLICK HERE
      • Complete Chemical Reaction list Form 4 (HOT) - CLICK HERE
      • Complete Chemical Reaction list Form 5 (HOT) - CLICK HERE

      Chemistry Form 4 Note Vers. 1 (ENGLISH) - chemmath

      1. Chemistry Form 4 Chapter 1 - CLICK HERE
      2. Chemistry Form 4 Chapter 2
         - CLICK HERE
      3. Chemistry Form 4 Chapter 3
         - CLICK HERE
      4. Chemistry Form 4 Chapter 4
         - CLICK HERE
      5. Chemistry Form 4 Chapter 5
         - CLICK HERE
      6. Chemistry Form 4 Chapter 6
         - CLICK HERE
      7. Chemistry Form 4 Chapter 7
         - CLICK HERE
      8. Chemistry Form 4 Chapter 8
         - CLICK HERE
      9. Chemistry Form 4 Chapter 9
         - CLICK HERE

      Chemistry Form 4 Note Vers. 2 (ENGLISH) - kemhawk

      1. Chapter 2 - CLICK to DOWNLOAD
      2. Chapter 4 :-
      3. Chapter 7 - CLICK to DOWNLOAD
      4. Chapter 8 - CLICK to DOWNLOAD

      Chemistry Form 5 Note Vers. 1 (ENGLISH)


      CHAPTER 1: RATE OF REACTION
      1.1   Understanding of rate of reaction
       << Click This
      1.2   Collision theory 
       << Click This
      1.3   Concentration affects rate of reaction
       << Click This
      1.4   Catalyst affects rate of reaction 
       << Click This

      CHAPTER 2: CARBON COMPOUNDS
      2.1   Differences between alkanes and alkenes << Click This
      2.2   Hydrogenation << Click This
      2.3   Manufacture of ethanol << Click This
      2.4   Dehydration of alcohol << Click This
      2.5   Carboxylic acid << Click This
      2.6   Esterification << Click This
      CHAPTER 3: OXIDATION AND REDUCTION
      3.1   Redox reaction << Click This
      3.2   Rules of oxidation number << Click This
      3.3   Conversion of Iron (II) to Iron (III) and vice versa  << Click This
      3.4   Redox reaction in displacement of metal << Click This
      3.5   Rusting of iron << Click This
      3.6   Redox reaction in electrochemistry reaction  << Click This
      CHAPTER 4: THERMOCHEMISTRY
      4.1   Exothermic and endothermic reaction << Click This

      CHAPTER 5: CHEMISTRY FOR CONSUMER
      5.1   Making of soap
       << Click This


      Chemistry Form 5 Note Vers. 2 (B.M) - [Click Here]


      Siri Cemerlang Kimia bersama Cikgu Adura Azlin 2012 

      1. MODUL SCK - CLICK to DOWNLOAD
      2. Jawapan Modul SCK 01 - CLICK to DOWNLOAD
      3. Jawapan Modul SCK 02 - CLICK to DOWNLOAD
      4. Jawapan Modul SCK 03 - CLICK to DOWNLOAD
      5. Jawapan Modul SCK 04 - CLICK to DOWNLOAD
      6. Jawapan Modul SCK 05 - CLICK to DOWNLOAD
      7. Jawapan Modul SCK 06 - CLICK to DOWNLOAD


      Chemistry Form 4 Power Point Note Vers. 1 - chemmath

      1. Chemistry Form 4 Chapter 4 - CLICK HERE
      2. Chemistry Form 4 Chapter 6 (Part 1) - CLICK HERE
      3. Chemistry Form 4 Chapter 6 (Part 2) - CLICK HERE
      4. Chemistry Form 4 Chapter 6 (Part 3) - CLICK HERE
      5. Chemistry Form 4 Chapter 7 (Part 1) - CLICK HERE
      6. Chemistry Form 4 Chapter 7 (Part 2) - CLICK HERE

      Chemistry Form 4 Power Point Note Vers. 2 - pahaikan

      1. Introduction to Chemistry - CLICK to DOWNLOAD
      2. Element In A Period - CLICK to DOWNLOAD
      3. Covalent Bond - CLICK to DOWNLOAD
      4. Ionic Bond - CLICK to DOWNLOAD
      5. Structure Of The Atom 1 - CLICK to DOWNLOAD
      6. Structure Of The Atom 4 - CLICK to DOWNLOAD
      7. Salt - CLICK to DOWNLOAD

                Chemistry Form 4 Power Point Note Vers. 3 - Cikgu Irwan

                1. Introduction to Chemistry - CLICK to DOWNLOAD
                2. Relative atomic mass and relative molecular mass - CLICK to DOWNLOAD
                3. The Mole and the Number of Particles - CLICK to DOWNLOAD
                4. The Mole and the Mass of Substances - CLICK to DOWNLOAD
                5. The Mole and the Volume of Gas - CLICK to DOWNLOAD
                6. Chemical Formulae - CLICK to DOWNLOAD
                7. Chemical Equations 1 - CLICK to DOWNLOAD
                8. Chemical Equations 2 - CLICK to DOWNLOAD
                9. PERIODIC TABLE - CLICK to DOWNLOAD
                10. Acids & Bases - CLICK to DOWNLOAD
                11. SULPHURIC ACID - CLICK to DOWNLOAD
                12. Ammonia and its salts - CLICK to DOWNLOAD
                13. ALLOYS - CLICK to DOWNLOAD
                14. SYNTHETIC POLYMERS - CLICK to DOWNLOAD
                15. GLASS & CERAMICS& COMPOSITE MATERIALS - CLICK to DOWNLOAD


                                          Chemistry Form 4 Module Vers. 1 - Cikgu Adura



                                          Chemistry Form 4 Module Vers. 2 - Cikgu Irwan

                                          1. Chapter 2: The Structure of the Atom - CLICK to DOWNLOAD
                                          2. Chapter 3: Chemical Formulae and Equations - CLICK to DOWNLOAD 
                                          3. Chapter 4: Periodic Table of Elements - CLICK to DOWNLOAD
                                          4. Chapter 5: Chemical Bonds - CLICK to DOWNLOAD
                                          5. Chapter 6: Electrochemistry - [CLICK for Part 1]   [CLICK for Part 2]
                                          6. Chapter 7: Acids and Bases - CLICK to DOWNLOAD
                                          7. Chapter 8: Salts - CLICK to DOWNLOAD
                                          8. Chapter 9: Manufactured Substances in Industry - CLICK to DOWNLOAD


                                                      Perfect Score Form 4 Module SBP 2010


                                                      Perfect Score SPM SBP 2010


                                                      1. Question Perfect Score SPM SBP 2010 - CLICK to DOWNLOAD
                                                      2. Answers Perfect Score SPM SBP 2010 - CLICK to DOWNLOAD



                                                      Perfect Score SPM SBP 2011

                                                      1. Question Perfect Score SPM SBP 2011 - CLICK to DOWNLOAD
                                                      2. Answers Perfect Score SPM SBP 2011 - CLICK to DOWNLOAD


                                                      WEB Note 

                                                      1. berryberryeasy (BI Note) - CLICK HERE
                                                      2. Cikgu Naza (BM Note) - CLICK HERE
                                                      3. SPMChem (BI Note) - CLICK HERE
                                                      4. I Love Chemistry (BI Note) - CLICK HERE


                                                      Chemistry Form 4 Exercise Vers. 1- mychemist-kimia



                                                      ChemQuest - Cikgu Adura

                                                      EDISI 2012

                                                      1. Chap. 02 - (Click For The Question) & (Click For The Answers)
                                                      2. Chap. 03 - (Click For The Question) & (Click For The Answers)
                                                      3. Chap. 04 - (Click For The Question) & (Click For The Answers)
                                                      4. Chap. 05 - (Click For The Question) & (Click For The Answers)
                                                      5. Chap. 06 - (Click For The Question) & (Click For The Answers)
                                                      6. Chap. 07 - (Click For The Question) & (Click For The Answers)
                                                      7. Chap. 08 - (Click For The Question) & (Click For The Answers)
                                                      8. Chap. 09 - (Click For The Question) & (Click For The Answers)
                                                      9. Chap. 10 - (Click For The Question) & (Click For The Answers)
                                                      10. Chap. 11 - (Click For The Question) & (Click For The Answers)
                                                      11. Chap. 12 - (Click For The Question) & (Click For The Answers)
                                                      12. Chap. 13 - (Click For The Question) & (Click For The Answers)
                                                      13. Chap. 14 - (Click For The Question) & (Click For The Answers)

                                                       

                                                      Visitor

                                                      Masa itu emas =)

                                                      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

                                                      Rate our blog

                                                      Top Blog