Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

06 October 2012

Tips Asas Kimia aka Chemistry aka Al-Kimiya!!


1. Menghafal 20 unsur yang pertama dalam jadual berkala

Cerita berikut boleh membantu korang menghafalkan 20 unsur pertama dalam jadual berkala..
Hint !
He
Lives
Behind
Bukit
Cina
North
Of
France
Never
Name
Mg
Always
Sing
Pop
Song
CleanArea
Keep
Cat







2.
 Menghafal bilangan cas pada ion.

Cas pada ion positif
Kebanyakan ion logam bercas +2. Ini bermakna anda hanya perlu meningat ion logam yang bercas +1, +3, dan lain-lain..

  • Ion logam yang bercas +1 ialah ion logam dalam KUMPULAN I iaitu Li+,  Na+, dan K+. Lain-lain ion yang bercas +1 ialah Ag+, NH4+, dan H+.
  • Ion logam yang bercas +3 ialah Al3+.
  • Nombor Roman pada suatu ion logam menunjukkan bilangan casnya. Misalnya, ion ferum(II) = Fe2+ dan ion ferum(III) = Fe3+.



Cas pada ion negatif
Kebayakan ion negatif bercas -1. Ini bermakna anda hanya perlu meningat ion negatif yang bercas -2 dan -3.
  • Beberapa ion negatif yang bercas -2 ialah O2-,  SO42-, CO32-, CrO42-, dan  Cr2O72-.
  • Ion bercas -3 yang umum ialah PO43-





3. Menentukan formula sebatian kovalen

Formula sebatian kovalen boleh ditentukan dengan mudah secara mencari nisbah elektron-elektron yang diperlukan untuk mencapai susunan elektron oktet.


Misalnya,

(a) Tetraklorometan (terdiri daripada karbon dan klorin)
Unsur
Karbon
Klorin
Susunan elektron
2, 4
2, 8, 7
Bil. elektron yang diperlukan
4
1
Saling tukar bil. elektron yang diperlukan
1
4
Nisbah
1 : 4
Jadi, formula bagi tetraklorometana ialah CCl4.


(a)  Karbon dioksida (terdiri daripada karbon dan oksigen)
Unsur
Karbon
Oksigen
Susunan elektron
2, 4
2, 6
Bil. elektron yang diperlukan
4
2
Saling tukar bil. elektron yang diperlukan
2
4
Nisbah
1 : 2
Jadi, formula bagi karbon dioksida ialah CO2.







4. Mengimbang persamaan pembakaran alkana, alkena, dan alkohol.
Persamaan pembakaran alkana, alkena, dan alkohol boleh diseimbangkan dengan mudah dengan mengira bilanagan atom C dan atom H dalam setiap sebatian itu.


Misalnya, 

(a) C2H4 + O2 -------> CO2 + H2O
  1. Terdapat 2 atom C dan 4 atom H dalam etena (C2H4 )
  2. Tambahkan 2 di depan CO2
  3. Tambahakan 2 di depan H2O
  4. Jadi , C2H4 + O2 -------> 2CO2 + 2H2O
  5. Kira bilanagn atom O di sebelah kanan, iaitu (2x2 +2= 6)
  6. Tambahkan 3 di depan O2.
  7. Jadi, C2H4 + 3O2 -------> 2CO2 + 2H2O sudah seimbang.

(b) C3H6 + O2 -------> CO2 + H2O
  1. Terdapat 3 atom C dan 6 atom H dalam propana (C3H6 )
  2. Tambahkan 3 di depan CO2
  3. Tambahakan 3 di depan H2O
  4. Jadi , C3H6 + O2 -------> 3CO2 + 3H2O
  5. Kira bilanagn atom O di sebelah kanan, iaitu (3x2 +3= 9)
  6. Tambahkan pecahan 9/2 di depan O2.
  7. Jadi, C3H6 + 9/2O2 -------> 3CO2 + 3H2O sudah seimbang.

resource : Cikgu Wan

 

Visitor

Masa itu emas =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rate our blog

Top Blog