Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

31 May 2012

Jangan Tak… & Jangan… di Facebook



Saya tak ingat sudah berapa lama saya menggunakan Facebook.  Walaupun pada mulanya teragak-agak untuk membuka akaun di Facebook, namun disebabkan oleh jemputan rakan-rakan dan dikatakan ramai pula boleh dijumpai rakan-rakan lama di sana, maka saya pun membuka akaun Facebook.

Memang canggih sungguh Facebook ni.  Jika dimanfaatkan betul-betul, memang agak pasti boleh memberikan kebaikan buat diri sendiri dan rakan-rakan yang berada di dalam rangkaian Facebook itu.  Maksud saya dalam hal:


  • ta’awwanu ‘ala al-birri wa at-taqwa (tolong menolong dalam hal kebaikan & taqwa)
  • amru bil-ma’ruf wa nahyu ‘anil-munkar (mengajak kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran).
  • tawasau bil-haq wa tawasau bis-sobr (nasihat menasihat dengan kebenaran dan kesabaran)


Platform sudah tersedia, tinggal mahu digunakan sahaja.  Adakah bakal memberi kebaikan atau sia-sia begitu sahaja.  Sayang sekali jika platform tersebut dibiarkan begitu sahaja tanpa digunakan untuk menambah amal kebaikan.

Berikut disenaraikan secara ringkas beberapa perkara yang digalakkan kita melakukan dan juga perkara yang tidak wajar dilakukan:


Jangan tak:


  • malu
  • fikir sebelum berbuat sesuatu
  • ingat bahawa perbuatan kita dicatit, dan akan dipertanggungjawabkan setiapnya
  • tegur-menegur
  • nasihat-menasihat
  • saran buat baik
  • kongsi link/tips/cerita/berita yang baik
  • ajak kepada ma’ruf, cegah kemungkaran
  • awas dengan mudharat yg berpotensi diwujudkan oleh Facebook
  • rekomen perkhidmatan & produk keluaran ummat Islam yang bagus
  • set di privacy setting ikut keperluan anda supaya bukan semua maklumat/gambar anda boleh dilihat/diceroboh
  • dan banyak lagi…sila sambung


Jangan:


  • kutuk-mengutuk
  • fitnah-menfitnah / gossip
  • gedik-menggedik
  • ejek-mengejek
  • upload foto yang menimbulkan fitnah, terutama foto wanita
  • upload foto anda (sekiranya anda wanita), foto adik perempuan anda, isteri anda, anak perempuan anda, rakan perempuan anda atau lain-lain wanita bagi menjaga kehormatan, kemuliaan & maruah mereka.
  • buka aib diri sendiri & orang lain
  • terlalu berkongsi maklumat diri & keluarga
  • bermain dengan kuiz yang boleh merosakkan aqidah dan tidak berfaedah
  • bermain dengan permainan (games) yang hanya membuang masa
  • bebas sangat
  • berlebih-lebihan dalam bergurau
  • berkhayal dengan foto2 rakan Facebook anda
  • memuji diri sendiri, nanti orang menyampah
  • taksub & lalai dengan Facebook
  • terus percaya & sebarkan semua khabaran orang
  • dan banyak lagi….sila sambung.


Sebenarnya nasihat di atas adalah nasihat umum yang patut insan ingat selalu.  Namun, disebabkan oleh insan ini selalu lupa (saya terutamanya), jadi sebab itulah tulisan ini ditulis.  Apatah lagi sekarang ini, Facebook sudah menjadi kegilaan orang ramai.  Dan didapati ada yang agak lalai dan terjatuh dari landasan kemuliaan akhlaq.  Mudah-mudahan tulisan ini bermanfaat.

Akhir sekali, mari kita renung semula perkataan dari Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam dalam hal ini.  Semoga ia dapat mengingatkan kita tatkala kita leka, asyik dan lupa.

“Kalau kamu sudah tidak punya malu lagi, lakukanlah apa yang kamu kehendaki.” (HR. Bukhari)

“Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah berbicara yang baik-baik atau diam.” (HR. Bukhari)

Tahukah kamu apa ghibah itu? Para sahabat menjawab, “Allah dan rasulNya lebih mengetahui.” Beliau bersabda, “Menyebut-nyebut sesuatu tentang saudaramu hal-hal yang dia tidak sukai.”(HR. Muslim)

“Seorang mukmin bukanlah pengumpat, pengutuk, berkata keji atau berkata busuk.” (HR. Bukhari dan Al Hakim)

“Semua umatku diampuni kecuali yang berbuat (keji) terang-terangan yaitu yang melakukannya pada malam hari lalu ditutup-tutupi oleh Allah, tetapi esok paginya dia membeberkan sendiri dengan berkata, “Hai Fulan, tadi malam aku berbuat begini…begini.” Dia membuka tabir yang telah disekat oleh Allah Azza wajalla.”  (Mutafaq’alaih)

Semoga ALLAH Azza wa Jalla memberkati kita semua, amin… - Sumber Ustaz Muzir

10 May 2012

[HOT!!] Facebook AutoLike Status/Photo/Comment/Anything!!


Assalamualaikum dan salam sejahtrera... Korang tak larat nak like comment, status, gambar orang dengan tenaga korang? Yeah extension ni membantu korang.. Tapi khas untuk google chrome saja..

Korang tak x de google chroome? [ Click sini untuk download ]

Okay, Ikut step nih :-

1) Korang download benda nih --> (CLICK HERE)
2) Install pada Google Chrome..
3) Kemudian pergi mana page facebook / status / group and anyway ja, korang click button like disebelah webs addres..

Enjoying ^^,

04 May 2012

[ Tip cara belajar saat akhir/ last minit ]




Assalamualaikum dan selamat sejahtera... Malam ni admin nak share tip cara belajar last minit.. X pasti.. Berkesan or x.. Article ni ihsan dari web ketam.. Berdasarkan apa yg admin baca memey berguna juga la tips2 yg diberi.. Tapi nasihat admin janganlah study last2 minute nih.. Kang nyesal x sudah (pelek utaqa) hu3 .. Geng2 96 kan semua rajin.. (konon je la kan?) he3.. X da la, admin gurau ja.. admin percaya yg korang semua ni rajin, cuma x nk dedahkan lagi sikap tu kat orang lain takut diorang tergamamkan?? he3..

1. Muhasabah diri. Ada orang yang mengharapkan gagal atau lulus, ada yang mengharapkan dapat A atau sebagainya. Tanya diri, sebenarnya mampu setakat mana. Jika anda berusaha saat akhir setakat mana gred yang anda dapat? Jika anda sudah tahu berapa anda dapat, anda kena menerimanya. Tetapi, kemungkinan anda dapat keptusan seperti diinginkan masih ada. Contohnya ada orang selalu gagal di sekolah dalam mata pelajaran Matematik Tambahan, tetapi dia berusaha saat akhir tanpa jemu dan akhirnya mendapat gred C. Hal ini memang selalu terjadi. Ada juga orang yang mendapat C, tapi apabila berusaha saat akhir mendapat A. Ini bukan cerita dongeng, yang penting gunakan saat akhir ini untuk study..

2. Jangan putus asa. Selagi kertas soalan belum dijawab, selagi itu masih ada masa untuk ulang kaji. Jika sudah hantar kertas jawapan, barulah habis segala usaha kecuali doa. Jangan sudah habis menjawab baru menyesal tidak menggunakan masa yang ada ini untuk ulang kaji. Sudah habis SPM nanti sudah tidak ada apa-apa untuk dibaca, jadi sementara masa masih ada ini baca sajalah apa yang ada..

3. Hapuskan tabiat tidur terlebih atau terkurang. Masa macam ni patutnya tidur pukul 12 tengah malam dan bangun pukul 6 pagi bersamaan 6 jam. Biasanya apabila tak faham akan terus tidur, sepatutnya tukar ke topik lain, jangan memaksa diri.

4. Jangan buat benda pelik. Biasanya waktu-waktu macam ini akan ada macam-macam benda pelik berlaku. Contohnya jangan makan makanan yang tidak biasa makan, kerana bimbang akan sakit perut. Ataupun tiba-tiba ingin bersukan, bimbang juga nanti akan tercedera. Jangan juga makan ubat tahan tidur dan pil-pil yang tak sepatutnya.

5. Belajar secara bijak. Jika nak baca satu buku memang tak akan dapat faham semua. Sekurang-kurangnya tengok soalan apa yang biasa keluar dalam soalan tahun lepas dan nilai diri sama ada soalan ini boleh buat atau tak. Jika tak boleh buat, sila tumpukan kepada tajuk yang rasa-rasa boleh buat.

6. Buang rasa nak habis semua dan cepat. Masa saat akhir ini memang boleh baca buku sampai habis, tapi satu apa pun tak faham. Agak-agak lah, masa yang ada ini bacalah sikit-sikit, kalau nak masuk semua sekaligus takut satu pun tak faham. Sekurang-kurang separuh bab sempat baca, bolehlah jawab sekurang-kurangnya separuh soalan semasa SPM daripada tak tahu jawab langsung nanti.

7. [Untuk SPM kelak] Ulangkaji soalan ramalan SPM. Perlu diingat bukan 100% tepat ramalan ini, tapi jika terdesak memang sangat membantu. Biasanya cikgu ada tajuk-tajuk yang mengikut pengalamannya akan keluar. Kalau soalan matematik itu buatlah latihan soalan tahun lepas sebab memang akan keluar soalan yang lebih kurang serupa.

8. [Untuk SPM kelak] Sekat hiburan. Selepas SPM, semua orang akan ada masa 5 hingga 6 bulan bercuti. Buat apalah main game, dengar muzik, main Facebook, main internet dan tengok tv pada masa ini. Yakin dan percayalah, selepas SPM ramai yang tak tau nak buat apa. Oleh itu, sementara masa masih ada ini, gunakan masa untuk menghafal dan memahami pelajaran.





 

Visitor

Masa itu emas =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rate our blog

Top Blog